Pakej Website E-Commerce

pakej website e-commerce

Apa itu E-Commerce?

Ada orang faham online shop, ada orang faham shopping cart, ada orang faham online shopping. Tapi E-Commerce ialah sebarang transaksi komersial/perniagaan yang berlaku di atas talian (online). Jadi, jika anda mempunyai sebuah website yang menjual produk secara online DAN memproses bayaran secara online, maknanya anda mempunyai perniagaan E-Commerce. Jika anda masih belum mempunyai sebuah kedai online, kami boleh membantu anda.

Facebook Ada, Insta Ada, Kenapa Perlu Ada Website E-Commerce?

Ya, inilah konsep ramai peniaga online pegang. Statement ini tak salah, tapi statement ini ialah comfort zone dan anda telah rugi dalam beberapa aspek jika anda hanya berniaga di platform Facebook dan Instagram. Kenapa Lazada tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa Amazon pun mempunyai website e-commerce sendiri? Ya, jawapannya ialah website e-commerce mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berniaga di platform media sosial saja.

Media Sosial = Social Commerce Platform

Facebook dan Instagram ialah social platform first, ia lebih sesuai digunakan sebagai platform marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Hanya gunakan FB dan Insta sebagai punca trafik pelanggan ke website e-commerce anda.

facebook sebagai platform marketing

Data Pelanggan Anda Ialah Milik Anda

Website e-commerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Ini merupakan DATA yang sangat berharga. Dari data-data ini anda akan mengetahui demografik pelanggan anda, di mana anda boleh gunakan data ini sebagai marketing di masa hadapan. Contoh, anda ada produk baru, sekali blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berbanding dengan berniaga di FB dan Insta saja, jika anda tidak menyimpan maklumat pelanggan anda (simpan pun setakat untuk pos produk anda je.

sistem database pelanggan
Data pelanggan anda disimpan di website anda, bukan platform bukan milik anda

Mudahkan Pelanggan, Mudahkan Diri Sendiri

Jangan susahkan customer dan senangkan kerja anda. Dengan website e-commerce, anda tak perlu lah memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk anda. Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan. Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan anda dah lah kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena whatsApp anda lagi sebagai bukti bayaran. Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.

pembayaran online untuk website e-commerce

Jangan Bergantung 100% Kepada Platform Milik Pihak Lain

Siapa boleh jamin kelangsungan FB dan Insta? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik. Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda peduli apa, anda tahu bisnes anda tetap selamat. Industri e-commerce akan terus berkembang (exponentially).

trend e-commerce malaysia

Sumber

Katalog Produk

Katalog produk yang besar dan lain-lain. Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar. Anda juga boleh menambah bermacam-macam ciri menarik untuk kedai online anda seperti diskaun harijadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada pelanggan anda, menambah live chat dan lain-lain lagi.

katalog produk online

Harga Pakej Website E-Commerce

Sepertimana harga website lain, tiada harga yang tetap untuk harga pakej website E-Commerce kerana produk laman web ialah berasaskan servis, bukan produk digital. Tapi, harga pakej website E-Commerce boleh mencecah belasan ke puluhan ribu ringgit jika dibangunkan oleh sebuah syarikat agensi komersial. Walaubagaimanapun, selaras dengan visi SistemNiaga untuk membantu SME, harga kami adalah berpatutan. Sila hubungi untuk maklumat lanjut.

Kongsi Page Ini

Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

Freelance Web Design Malaysia, Landing Page, Website Maintenance
Kami ialah SistemNiaga. Fokus kami ialah membantu para peniaga SME yang baru atau sudah lama berniaga dalam hal-hal IT seperti sistem, internet, media social, pemasaran digital, e-commerce lain-lain lagi.

Hubungi

No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
Putra Heights, Subang Jaya
Selangor
Isnin - Jumaat
9 AM - 4 PM
Sabtu - Ahad
TUTUP
Copyright © 2022 Pro Sistem Niaga (003089338-H)