Payment gateway ialah penyedia perkhidmatan pembayaran online. Contohnya, jika kita berbelanja di Shopee sewaktu checkout, kita boleh memilih untuk membayar secara online banking (FPX) atau menggunakan kad debit/kredit.
Jadi pihak yang menyediakan saluran pembayaran FPX atau kad tadi itulah penyedia payment gateway. Tanpa payment gateway, tak mungkin anda boleh membayar di Shopee dan Shopee mungkin tak ramai yang guna sebab takde pembayaran online.
Dalam dunia e-commerce, payment gateway ialah satu komponen yang sangat penting. Jika anda ingin berniaga online dengan website e-commerce, jika anda tidak mempunyai payment gateway maka website anda tidak lengkap. Ya, anda masih boleh menggunakan cara cash on delivery (COD) atau dah sampai baru bayar, tapi anda akan kehilangan ramai pelanggan kerana majoriti rakyat Malaysia lebih gemar membayar online.
Jika anda sudah memiliki website untuk bisnes anda, tapi masih tertanya-tanya nak guna payment gateway apa, mungkin artikel ini boleh membantu. Di Malaysia, terdapat banyak penyedia payment gateway seperti:
Mana satu nak pilih?
Di kalangan peniaga online melalui website e-commerce di Malaysia, ToyyibPay sebenarnya sangat popular. Ini kerana untuk membuka akaun dengan ToyyibPay sangat pantas dan mudah. Selepas anda mendaftar, anda boleh terus menggunakan ToyyibPay untuk website e-commerce anda. Jika anda hanya nak pelanggan anda bayar guna FPX (online banking) sahaja, ToyyibPay ialah pilihan yang mudah dan pantas.
TETAPI, jika anda ingin pelanggan membayar dengan kad, ToyyibPay mungkin tak berapa best kerana pada waktu artikel ini ditulis, mereka masih lagi menggunakan platform SenangPay yang memerlukan anda membayar onboarding fee (tidak percuma) dan juga ada bayaran tahunan.
Dalam artikel ini, kami akan menyentuh tentang CHIP, sebuah penyedia payment gateway yang mungkin anda tidak pernah dengar tetapi ia sedang meningkat popular di Malaysia.
Untuk mula menerima pembayaran online dari pelanggan di website anda, membuka akaun di CHIP sangat pantas dan mudah, macam ToyyibPay juga. Daftar dan anda terus boleh guna.
Setiap transaksi menggunakan CHIP, pembayaran atau settlement akan diproses 1 hari bekerja (T+1) ke akaun bank anda. Maknanya kalau hari ini pelanggan anda bayar, esok hari (hari bekerja) dah masuk ke akaun bank anda. Tapi bukan ke payment gateway pun sama?
Ya, sama, tapi di CHIP jika akaun bank anda ialah Maybank, walaupun esoknya ialah hari cuti atau cuti umum sekalipun, duit anda tetap akan masuk. Best kan?
Akan datang CHIP akan mencepatkan lagi tempoh settlement iaitu by next day (pukul 2 pagi dah masuk). Anda bangun tidur je settlement dah masuk akaun bank!
Penyedia payment gateway lain, walaupun mempunyai transaction fee yang sama (RM1), tapi anda perlu membayar onboarding/yearly fee untuk menerima pembayaran melalui kad kredit atau kad debit. Contohnya anda perlu membayar dari RM100 ke RM360 setahun di ToyyibPay tapi dengan CHIP, tiada.
Selain itu, pembayaran atau settlement untuk pembayaran kad di CHIP sangat pantas iaitu 2 hari bekerja sahaja.
Jika bisnes anda mempunyai model pembayaran berulang (recurring), CHIP adalah pilihan yang tepat untuk bisnes anda. Contoh: anda menyediakan servis online tuition di mana pelajar perlu bayar yuran setiap bulan, dengan CHIP pembayaran bulanan ini boleh dibuat secara automatik.
Dengan CHIP, anda boleh nampak statistik pembayaran dengan sangat detail dan anda boleh dapatkan statement custom untuk anda study bisnes anda menggunakan data yang tersedia di dashboard CHIP. Jika anda risau tentang soal akses, anda boleh create role khas dalam dashboard CHIP dan assign pekerja atau staf anda untuk melihat data bisnes anda.
Dari segi design, jika anda pernah menggunakan Stripe iaitu payment gateway antarabangsa, anda akan dapat rasa “vibe” yang sama di CHIP 😄
Jika anda ada sebarang masalah, team support CHIP sangat responsif. Mereka akan masukkan anda dalam group WhatsApp khas yang mana dalam group tu hanya ada anda dan team support CHIP sahaja. Selain group WhatsApp, anda juga boleh berhubung dengan CHIP melalui email dan telefon tapi mengikut pengalaman kami, support melalui WhatsApp group pun dah cukup puas hati.
CHIP akan hantar report yang sangat detail setiap kali ada pembayaran atau settlement. Pihak finance syarikat anda hanya perlu rujuk report itu sahaja untuk buat reconciliation. Pihak finance syarikat anda pasti suka.
Setiap peniaga online tidak akan terlepas dari menerima masalah dengan pelanggan dan ada masa melibatkan pengembalian duit kepada pelanggan kerana beberapa sebab seperti barang rosak ke, warranty ke dan lain-lain. Dengan CHIP sungguh mudah untuk melakukan refund ke pelanggan anda. Hanya klik button je.
Platform CHIP sangat reliable iaitu sangat-sangat jarang berlaku downtime atau server down. Ini kerana platform CHIP dikuasai oleh Amazon Web Services iaitu penyedia cloud yang terbaik di dunia.
Di zaman serba cashless ini, ramai menggunakan e-wallet. Sebagai seorang peniaga, adalah penting untuk anda memudahkan pelanggan anda semaksimum mungkin dalam soal pembayaran. Dengan CHIP pelanggan anda boleh membayar dengan e-wallet juga.
Selain perniagaan online di website, CHIP juga menyokong pembayaran jika anda menjalankan perniagaan di premis dan juga online. Contoh anda jual tudung online tapi anda juga ada kedai fizikal. Yang menariknya CHIP boleh consolidate report antara kedai offline dan kedai online anda.
Selain ciri-ciri di atas, CHIP juga akan menambah fungsi baharu pada masa akan datang seperti CHIP Send, CHIP Expense dan Atome.
CHIP Send ialah satu kemudahan yang membolehkan anda untuk membuat pembayaran kepada ejen-ejen, dropshippers atau juga vendor anda. Anda juga boleh auto split payment anda dengan akaun lain secara automatik.
Dengan CHIP Expense senang anda nak uruskan petty cash atau claim atau sebarang perbelanjaan (expenses) syarikat.
Kesimpulannya, jika anda belum ada lagi payment gateway untuk perniagaan online atau offline anda, apa salahnya jika anda mencuba CHIP. Tapi tak salah jika anda menggunakan lebih dari satu payment gateway pun. Kenapa?
Contoh jika anda hanya menggunakan ToyyibPay sahaja, dan jika berlaku sebarang masalah dengan ToyyibPay, anda boleh terus menukar payment gateway anda di website anda ke CHIP jika anda ada akaun CHIP. Paling tidak pun kami sarankan anda ada sekurang-kurangnya 2 payment gateway. Satu jadikan backup.
Daftar akaun CHIP untuk perniagaan anda. Klik di sini untuk daftar.
Belum ada website? Sila lihat servis buat website kami.
shuhaidah Ithnin says:
saya ada buat pembelian pada 29/5/24 untuk alat eletrik mempercepatkan makanan frozen cair tapi hingga sekarang barang saya tak dapat
SistemNiaga says:
Maaf, kami tak jual alat elektrik kak, kami buat website je.