fbpx

Landing Page Murah?

landing page murah

Apa Itu Landing Page?

Landing page ialah satu laman/satu muka web yang membolehkan anda “capture” informasi pelawat yang melawat page itu melalui sebuah borang, selain untuk menjual produk yang spesifik. Landing page mempunyai target audience atau sasaran pelawat yang spesifik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Selalunya Landing Page hanyalah satu muka laman sahaja kerana ia dicipta untuk targeted customers. Ada juga yang memanggil landing page sebagai sales page atau squeeze page, tapi tujuannya tetap sama.

Sebagai contoh, landing page yang menawarkan E-Book Percuma mengenai tips menguruskan badan. Untuk mendapatkan E-Book ini, anda perlu memberi nama dan email anda dan E-Book akan dihantar melalui email. Di sini, pemilik landing page berkenaan telah mendapat optin untuk database yang berminat dalam niche produk kurus. Nampak tak?

Fahami video di bawah.

Kepentingan Landing Page

Jika anda mempunyai perniagaan online, atau perniagaan yang dipasarkan melalui online, anda MESTI  setidak-tidaknya mempunyai sebuah landing page. Anda mungkin boleh menangguhkan rancangan untuk memiliki sebuah website syarikat lengkap untuk syarikat dan produk anda, tetapi anda MESTI segera memiliki sebuah landing page untuk perniagaan anda, lebih khusus lagi untuk produk anda.

Landing page ada yang panjang, ada yang pendek. Landing page yang pendek selalunya straight to the point dan bertujuan untuk mengutip leads/optin. Selalunya landing page begini menawarkan freebies seperti e-book atau video percuma. Landing page yang panjang pula akan mempunyai intro, pengenalan masalah, sebab terjadi masalah dan penyelesaian kepada masalah .

Baca Juga:   Sumber Berita Perniagaan Terkini: Top List

Landing page yang panjang juga boleh berbentuk sales page dan mempunyai penerangan mengenai produk yang ingin dijual. Ia juga boleh mempunyai lead capture/optin. Panjang atau pendek, salah satu faktor penting dalam Landing page ialah penggunaan grafik yang menarik dan juga copywriting. Ini kerana grafik dan copywriting yang menarik akan menarik emosi pembaca untuk membeli atau optin (apa sahaja yang ditawarkan di landing page berkenaan).

 Tapi, kenapa Landing page penting?

  1. Landing Page mempamerkan produk dan servis anda secara spesifik
    Apabila pelanggan ke laman web syarikat atau blog anda, mereka mungkin akan terperangkap di sana membaca entri blog anda, tetapi jika pelanggan ke landing page anda, mereka akan tertumpu dengan segala kandungan, ayat menggoda, ayat jualan, ayat yang mempengaruhi anda supaya membeli atau memberikan nama dan alamat email mereka kepada anda. Secara analogi, pelanggan ke kedai anda akan terbuka kepada berbagai pilihan dan mungkin tidak akan terpengaruh untuk membeli apa-apa, tetapi jika mereka diberikan brochure atau flyers produk anda, anda mungkin telah berjaya memujuk atau memberi mereka idea untuk membeli produk anda.
  2. Landing Page mendapatkan pelanggan berpotensi (leads) untuk database pelanggan anda
    Salah satu amalan terpenting di dalam email marketing malahan dalam perniagaan secara amnya ialah mengumpul database mereka yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Database yang dikumpul pula haruslah mereka yang ada minat dengan servis atau produk kita. Bagaimana ini dilakukan? Dengan landing page. Seperti dikatakan awal tadi, landing page selalunya satu laman yang khusus atau spesifik kepada satu produk atau topik. Jika landing page anda mengenai produk kurus, orang yang akan memberikan nama dan alamat email (opt-in) tentulah mereka yang berminat tentang produk kurus. 
  3. Landing Page memberi gambaran lebih jelas tentang demografik pelanggan anda
    Dari data yang terkumpul dari landing page, anda boleh mengetahui gambaran lebih jelas tentang pelanggan atau mereka yang berminat dengan produk/servis anda. Anda boleh mengetahui lelaki atau perempuan yang lebih berminat, dari lokasi mana, waktu bila landing page anda dilawat ramai orang, dari mana mereka datang dan banyak lagi data demografik yang boleh membantu anda dalam strategi pemasaran anda yang berikutnya.
Baca Juga:   Payment gateway di Malaysia

Contoh Landing Page

Harga Landing Page

Berapa harga landing page? Berapa upah buat landing page?

Ada ke landing page murah?

Pembuatan landing page ialah sejenis servis atau perkhidmatan, bukanlah produk fizikal. Jadi servis buat website tidak ada harga tetap kerana ia bergantung kepada pihak yang membuat website itu sendiri dan juga jenis website.

Setiap pembangun landing page sama ada syarikat atau freelance mempunyai harga mereka sendiri. Tidak ada harga pasaran yang betul-betul boleh dijadikan piawai atau standard dalam hal ini. Willing seller, willing buyer.

Di SistemNiaga, harga servis buat landing page mempunyai 2 jenis iaitu pakej langganan dan juga pakej one-time. Pakej secara langganan lebih menjimatkan dan pakej one-time pula sesuai untuk mereka yang tidak suka cara langganan.

Apa komen anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen pembaca...

    Artikel Lain...

    Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
    Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

    Upah Buat Website & More
    SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

    Hubungi

    No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
    Putra Heights, Subang Jaya
    Selangor
    Isnin - Jumaat
    9 AM - 4 PM
    Sabtu - Ahad
    TUTUP
    Copyright © 2024
    SistemNiaga
    [typebot]
    0 Shares