fbpx

Maksud E-Commerce & Kepentingan Website E-Commerce

maksud e-commerce

Maksud E-Commerce

Ada orang faham online shop, ada orang faham shopping cart, ada orang faham online shopping. Tapi E-Commerce ialah sebarang transaksi komersial/perniagaan yang berlaku di atas talian (online). Jadi, jika anda mempunyai sebuah website yang menjual produk secara online DAN memproses bayaran secara online, maknanya anda mempunyai perniagaan E-Commerce. Jika anda masih belum mempunyai sebuah kedai online, kami boleh membantu anda.

Facebook Ada, Insta Ada, Kenapa Perlu Ada Website E-Commerce?

Ya, inilah konsep ramai peniaga online pegang. Statement ini tak salah, tapi statement ini ialah comfort zone dan anda telah rugi dalam beberapa aspek jika anda hanya berniaga di platform Facebook dan Instagram. Kenapa Lazada tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa Amazon pun mempunyai website e-commerce sendiri? Ya, jawapannya ialah website e-commerce mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berniaga di platform media sosial saja.

Media Sosial = Social Commerce Platform

Facebook dan Instagram ialah social platform first, ia lebih sesuai digunakan sebagai platform marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Hanya gunakan FB dan Insta sebagai punca trafik pelanggan ke website e-commerce anda.

Data Pelanggan Anda Ialah Milik Anda

Website e-commerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Ini merupakan DATA yang sangat berharga. Dari data-data ini anda akan mengetahui demografik pelanggan anda, di mana anda boleh gunakan data ini sebagai marketing di masa hadapan. Contoh, anda ada produk baru, sekali blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berbanding dengan berniaga di FB dan Insta saja, jika anda tidak menyimpan maklumat pelanggan anda (simpan pun setakat untuk pos produk anda je.

Data pelanggan anda disimpan di website anda, bukan platform bukan milik anda

Mudahkan Pelanggan, Mudahkan Diri Sendiri

Jangan susahkan customer dan senangkan kerja anda. Dengan website e-commerce, anda tak perlu lah memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk anda. Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan. Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan anda dah lah kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena whatsApp anda lagi sebagai bukti bayaran. Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.

Jangan Bergantung 100% Kepada Platform Milik Pihak Lain

Siapa boleh jamin kelangsungan FB dan Insta? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik. Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik.

Baca Juga:   Payment gateway di Malaysia

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda peduli apa, anda tahu bisnes anda tetap selamat. Industri e-commerce akan terus berkembang (exponentially).

Katalog Produk

Katalog produk yang besar dan lain-lain. Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar. Anda juga boleh menambah bermacam-macam ciri menarik untuk kedai online anda seperti diskaun harijadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada pelanggan anda, menambah live chat dan lain-lain lagi.

Harga Pakej Website E-Commerce

Mulai tahun 2023, kami menyediakan servis website secara subscription atau langganan dimana servis ini akan bina website, design website, uruskan hosting, uruskan security website dan juga akan kemaskini website anda setiap masa dengan harga mampu milik. Lihat harga pakej website e-commerce.

Apa komen anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen pembaca...

    Artikel Lain...

    Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
    Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

    Upah Buat Website & More
    SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

    Hubungi

    No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
    Putra Heights, Subang Jaya
    Selangor
    Isnin - Jumaat
    9 AM - 4 PM
    Sabtu - Ahad
    TUTUP
    Copyright © 2024
    SistemNiaga
    [typebot]
    0 Shares