Dapatkan Quote
Blog
Pelaburan
Panduan bisnes

Raiz Malaysia Dah Tutup: Apa Yang Berlaku & Alternatif Pelaburan

Raiz Malaysia telah berhenti beroperasi pada 30 September 2024. Ketahui apa yang berlaku dan alternatif aplikasi pelaburan untuk anda. ...

Kemas kini: Raiz Malaysia telah berhenti beroperasi sepenuhnya pada 30 September 2024. Aplikasi Raiz tidak lagi boleh digunakan untuk melabur di Malaysia. Jika anda sedang mencari aplikasi alternatif untuk mula menyimpan dan melabur dengan modal kecil, baca panduan kami tentang pelaburan dengan Versa.

Apa Itu Raiz Malaysia?

Raiz Malaysia ialah aplikasi pelaburan mikro yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2020. Ia merupakan usaha sama antara Jewel Digital Ventures, anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), dengan Raiz Invest dari Australia. Melalui Raiz, pengguna boleh melabur dalam dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bermula serendah RM5, termasuk melalui ciri pelaburan automatik baki sen daripada transaksi harian.

Kenapa Raiz Tutup di Malaysia?

Pada Julai 2024, Raiz Invest mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi di Malaysia selepas kajian semula strategik perniagaan. Syarikat itu memilih untuk memberi tumpuan kepada perniagaan utamanya di Australia. Pengguna dimaklumkan melalui emel, dan operasi di Malaysia ditamatkan secara berperingkat sehingga 30 September 2024.

Jika anda bekas pengguna Raiz dan masih ada pertanyaan tentang pelaburan anda, rujuk emel makluman daripada Raiz atau hubungi ASNB secara terus.

Alternatif Kepada Raiz: Versa

Bagi yang menyukai konsep Raiz, iaitu melabur sedikit demi sedikit melalui satu app, Versa ialah antara pilihan yang boleh dipertimbangkan:

  • Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan dana diurus oleh AHAM Asset Management Berhad.
  • Boleh mula dengan serendah RM10 untuk simpanan (Versa Save) dan RM100 untuk pelaburan serta PRS.
  • Ada ciri Auto Debit untuk caruman berkala secara automatik, sesuai untuk yang mahu set and forget.
  • Pilihan produk konvensional dan patuh Syariah.

Ketahui produk, yuran, risiko dan cara daftar dalam artikel penuh kami: Pelaburan Dengan Versa: Apa Yang Anda Perlu Tahu.

Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat umum sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Artikel ini asalnya diterbitkan pada Januari 2023 dan dikemas kini pada Oktober 2026 selepas Raiz menghentikan operasi di Malaysia.

Perlukan website untuk bisnes anda?

Kami boleh bantu susun content, portfolio dan flow enquiry yang sesuai untuk bisnes anda.

Bincang projek

Ruangan komen

Ada soalan atau pengalaman tentang topik ini? Tinggalkan komen di bawah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Artikel berkaitan