
Memetik kata-kata Puan Ainon Ahmad (guru bisnes) sebagai berkata:
“Orang bisnes wajib mempunyai website. Ini sangat penting. Website kita adalah platform milik kita. Orang lain tidak boleh suka-suka nak tutup website kita. Kita jangan cuma aktif berniaga dalam media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram. Semua platform media sosial itu bukan kita punya. Platform itu orang lain punya. Kita cuma menumpang saja. Selagi mereka izinkan selagi itu kita boleh menggunakannya. Kalau mereka mahu tutup akaun media sosial kita, bila-bila masa mereka boleh tutup. Gigit jari kita nanti.”
Puan Ainon Mohd, Mei 2019
Dalam dunia perniagaan moden, memiliki laman web adalah satu keperluan asas untuk memajukan perniagaan anda. Terdapat pelbagai kepentingan dan manfaat yang boleh diperolehi dengan mempunyai laman web, dan artikel ini akan membincangkan mengenai beberapa faktor penting yang perlu diambil kira dalam memahami kepentingan website untuk perniagaan.
Berapa harga buat website? Berapa upah buat website?
Pembuatan website ialah sejenis servis atau perkhidmatan, bukanlah produk fizikal. Jadi servis buat website tidak ada harga tetap kerana ia bergantung kepada pihak yang membuat website itu sendiri dan juga jenis website.
Setiap pembangun website sama ada syarikat atau freelance mempunyai harga mereka sendiri. Tidak ada harga pasaran yang betul-betul boleh dijadikan piawai atau standard dalam hal ini. Willing seller, willing buyer.
Di SistemNiaga, harga servis buat website mempunyai 2 jenis iaitu pakej langganan dan juga pakej one-time. Pakej secara langganan lebih menjimatkan dan pakej one-time pula sesuai untuk mereka yang tidak suka cara langganan.
Mempunyai laman web merupakan satu keperluan asas untuk perniagaan pada zaman sekarang. Ia memberikan pelbagai manfaat, termasuk kemudahan mencari maklumat produk dan perkhidmatan, memperluas jangkauan perniagaan, memperkuatkan jenama perniagaan, memberikan kelebihan dalam perhubungan dan komunikasi dengan pelanggan serta memperkenalkan perniagaan kepada pelanggan baharu. Oleh itu, sebagai seorang usahawan, anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memiliki laman web sebagai salah satu strategi penting dalam memajukan perniagaan anda.