Kecoh dua tiga hari lepas mengenai ramai peniaga di platform TikTok katanya duit mereka hilang banyak diambil platform TikTok. Diambil tu bukanlah macam kena curi duit di rumah tapi chargeback shipping untuk semua jualan yang telah dilakukan 2-3 bulan lepas. Bukan sikit-sikit, ada yang kena sampai puluhan ribu ringgit.
Masih belum ada kenyataan rasmi dari TikTok mengenai insiden ini, tapi ramai penjual di TikTok kata ini mungkin satu kesilapan dari pihak Tiktok. Ada juga yang mengatakan Free Shipping yang ditawarkan TikTok bukanlah sebenarnya percuma, tapi hanyalah promosi untuk menarik ramai seller ke platform itu yang sekarang ini sedang panas dan senang untuk seller membuat jualan.
Belum buka akaun TikTok? Tambah channel perniagaan anda. Buka TikTok Shop Di Sini.
Dalam kes ini, masih belum jelas. Kalau tanya seller, memang semua akan salahkan platform TikTok. Tapi berapa ramai seller yang ambil tahu tentang tawaran dan detail program Free Shipping yang ditawarkan TikTok? Jika anda nak berniaga di TikTok, jangan lupa untuk sentiasa rajin membaca TikTok Academy dan bertanya direct ke pihak TikTok tentang sebarang program atau promosi yang mereka beri.
Ya, masalah ini ialah masalah yang “biasa” jika kita guna platform orang lain, sebab platform itu milik TikTok, bukan milik anda. Bila dah kena macam ni, apa je yang kita boleh buat? Sebab kita tak boleh kawal, itu bukan platform kita. Sebab itulah, memiliki website jualan sendiri masih penting kerana kita tidak berkongsi fee shipping dengan pemilik platform dan kita boleh kawal kos shipping atau sebarang promosi.
Gunakan media sosial sebagai platform marketing, bawa bakal customer anda ke website anda dan mereka beli produk anda di website anda. Lebih banyak perkara yang kita boleh kawal.
Masih takde website? Kami menyediakan servis buat website, servis buat landing page dan pakej website e-commerce dengan harga berpatutan.