fbpx

Cara reward pelanggan atau ejen

Kajian telah membuktikan yang semua orang suka menerima hadiah, sama ada secara fizikal atau pun bukan fizikal. Apabila menerima sesuatu reward, atau hadiah, orang yang menerima itu seakan-akan berhutang sesuatu kepada si pemberi, walaupun hadiah itu bukan diminta penerima. Sebab itulah, sesetengah syarikat menganjurkan Anugerah Pekerja Terbaik setiap tahun. Kenapa? Kerana penghargaan seperti ini bukan sahaja reward kepada si pekerja terbaik tadi, tapi akan menimbulkan rasa setia dan pekerja tersebut rasa seperti akan mencurahkan lebih lagi usaha kepada syarikat itu. Penghargaan akan melahirkan rasa setia di hati pekerja. Selain itu, budaya reward juga akan menimbulkan rasa ingin bersaing di kalangan pekerja, secara positif.

Ok, itu cerita reward secara offline. Tapi jika anda berniaga online, sudah mempunyai customer base yang besar, adakah anda pernah terfikir cara untuk mereward customer anda? Customer ni tak kira lah end consumer atau pun agen/reseller produk anda, asalkan mereka membeli produk dari anda, mereka tetap customer anda.

Pernah dengar program loyalty points? Program seperti Bonuslinks, BCard, Loyalty Points kad kredit, Kad petrol dan lain-lain lagi. Ini semua ialah program reward. Walaupun nama lain, tapi konsep tetap sama, apa yang dibelanjakan oleh customer kita, akan ada point. Point ini boleh dibuat macam-macam. Yang penting ada point.

Kenapa program Bonuslink lama betul bertahan? Padahal kena belanja dulu baru dapat point. Ini semua soal mindset pengguna, soal psikologi. Mana satu anda nak sebagai pengguna, isi minyak keluar duit tak dapat apa-apa ATAU, isi minyak keluar duit tapi RM1 dapat 1 point. Point tu pulak boleh ditukar dengan macam-macam hadiah. Sekarang dah faham kan?

Baca Juga:   Website Untuk Kedai Kek/Bakery

Berbalik kepada soal perniagaan online anda tadi. Katakan anda berniaga tudung online, si polan sana pun berniaga tudung online. Tapi kedai online dia setiap RM1 pembelian dapat 1 reward point. Kedai online anda beli dapat tudung je. Reward point tu pulak boleh dapat tudung free, dapat tukar dengan cash, dapat hadiah travel, dan macam-macam. Kalau saya pelanggan, saya akan pergi ke kedai online si polan tu sebab saya dapat VALUE yang extra dengan pembelian saya.

Reward Pelanggan Dengan Point Dan Diskaun

Jika dalam konsep Anugerah Pekerja Terbaik di atas tadi akan mewujudkan persaingan antara staff, konsep reward ini pula akan mencetuskan mindset “shopping lagi banyak” antara customer. Jika customer anda ialah agen/reseller, mereka akan mencuba menjual habis produk anda agar mereka boleh restock secepat mungkin.

Bagaimana? Anda Berminat?

SistemNiaga kini menawarkan anda, pemilik produk atau perniagaan online, satu penyelesaian untuk anda memberikan reward kepada pelanggan anda. Kini akhirnya anda mempunyai cara untuk memberikan sesuatu kepada pelangan anda.

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Semua Point Ini?

Macam-macam! The sky is the limit bak kata orang putih. Anda perlu kreatif, ini soal pemberian hadiah. Antara yang boleh anda lakukan dengan point-point pembelian ini ialah:

  • Point boleh ditebus dengan diskaun untuk pembelian masa hadapan. Ini akan membuatkan kedai online anda ada returning customers. Mereka ada sebab untuk kembali ke kedai online anda.
  • Pakej umrah. Jika customer base anda majoriti masyarakat melayu Islam, anda boleh set pelangan dengan point tertinggi pada bulan ini akan mendapat pakej Umrah.
  • Promosi produk baru anda. Katakan anda ada produk baru, anda boleh memberi point lebih kepada sebarang pembeli yang membeli produk baru ini.
  • Tukar point dengan free postage pun satu idea yang baik.
  • Pakej percutian….ahhh banyak lagi lah!
Baca Juga:   Peniaga Hilang Duit Di TikTok, Apa Terjadi Sebenarnya?

Kenapa Anda Perlu Reward Customer?

Apa perasaan anda, jika anda ialah seorang regular customer di sebuah cafe, setiap kali anda masuk je ke cafe tu, pekerja cafe terus menyambut anda dengan “Selamat Datang (Nama Anda)”, silakan duduk. Tak payah nak order terus ditanya “Order apa Encik? Macam Biasa?”, bila nak bayar pulak ada extra diskaun, sebab anda ialah regular customer. Happy tak? Mesti happy.

Inilah sebab kenapa perlu anda reward customer anda. Ini kerana perniagaan bukan setakat jual produk atau servis sahaja, tapi perniagaan lebih dari itu. Kalau orang dah suka dengan servis anda, ada brand lain pun mereka tak pandang. Dengan sistem ini, anda boleh tau selama ini siapalah mereka yang telah banyak membeli produk anda, anda boleh mengenali mereka lebih rapat, reward mereka dengan macam-macam hadiah dan boleh jadikan mereka testimonial. Selepas itu mereka akan menjadi marketing agent anda tanpa perlu dibayar.

Antara Ciri-Ciri Sistem Reward Customer

Paparan Point Keseluruhan
Tukar Point Dengan Diskaun
Set Point Berlainan Untuk Produk Yang Berbeza
Promosi Produk Baru Dengan Memberi Point Lebih Untuk Setiap Pembelian Produk Baru

Jika anda berminat, sila hubungi kami. Kami perlu mengenalpasti keperluan dan praktis perniagaan anda dahulu sebelum anda boleh menggunakan sistem ini.

Apa komen anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen pembaca...

    Artikel Lain...

    Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
    Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

    Upah Buat Website & More
    SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

    Hubungi

    No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
    Putra Heights, Subang Jaya
    Selangor
    Isnin - Jumaat
    9 AM - 4 PM
    Sabtu - Ahad
    TUTUP
    Copyright © 2024
    SistemNiaga
    [typebot]
    0 Shares