fbpx

Jika Facebook tutup operasi, apa akan jadi kepada bisnes anda?

 

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita atau khabar angin mengatakan yang Meta, syarikat yang memiliki Facebook, tak mustahil akan menutup operasi Facebook di Eropah, berikutan masalah privasi data EU. Di Eropah, privasi data pengguna ialah sesuatu yang sangat serius dan penting di sana. Sesuatu website atau servis online yang berada di Eropah, perlulah comply kepada polisi seperti GDPR.

Google Analytics juga baru-baru ini juga ada masalah dengan EU.

Tapi ini bukanlah point utama post ini di tulis. Tapi jika keadaan ini berlaku di Malaysia, adakah anda terfikir apa akan jadi kepada anda yang selama ini bergantung kepada platform Facebook untuk berniaga?

Zaman sekarang ni, ramai kita yang berniaga secara online dan bergantung kepada Facebook untuk membuat jualan, betul tak?

Ada yang menggunakan page untuk mengumpul pelanggan, ada yang buat LIVE setiap malam untuk buat jualan, ada yang buat group untuk kumpul database pelanggan.

Macam-macam lah, tapi semuanya bergantung kepada platform Facebook.

Jika Facebook tutup, pernah terfikir apa akan jadi?

Ala..ini Facebook kot, takkan boleh jadi macam tu punya la…
Mesti ramai yang fikir macam ni. Dulu, Friendster pun gah, sampai la MySpace muncul, lepas tu MySpace pun menghilang bila Facebook muncul, dan Facebook masih bertahan sampai sekarang. Tapi persoalannya, sampai bila?

Semasa belajar AWS Cloud, saya di dedahkan dengan konsep semua benda akan gagal, setiap masa. Hanya tunggu masa.

Everything fails, all the time.

Ini adalah kata-kata Werner Vogels, CTO Amazon Web Services. Ini bukan sekadar quote, tapi ia seolah kata-kata keramat yang dipegang oleh ramai Cloud System Architect untuk memastikan yang cloud infrastructure yang mereka design sentiasa ada backup jika satu sumber itu down. Amazon AWS yang hebat tu pun ada masanya down.

Baca Juga:   Servis Buat Website: Berpatutan dan Berkualiti Tinggi

Sebab itu jugalah wujud konsep loose coupling dalam cloud architecture AWS. Kita tak boleh bergantung kepada satu resource saja.

Ya, kalau Facebook jatuh, mungkin akan ada pengganti, tapi mesti akan makan masa yang lama untuk platform baru itu matang dan ramai pengguna.

Paling penting ialah, kalau platform yang kita bergantung 100% untuk berniaga (dalam hal ini ialah Facebook), kalau dia tutup, semua hilang.

Selama ni buat LIVE dapat sale, terus takde sale.

Selama ni buat post ke page dapat sale, terus takde sale.

Selama ni post link kat group dapat sale, terus takde sale.

Sumber kita dapat pelanggan tu hilang terus. Kena pulak kita jenis meniaga tak simpan data pelanggan, tau dapat sale, terus pos barang je.

Jangan lupa, Instagram pun dimiliki oleh Meta, kalau jenis yang bergantung dengan IG pun akan terkesan.

Apa perlu buat?
Kita tak boleh bergantung kepada satu platform 100% dalam berniaga secara online. Kita kena ada platform lain juga sebagai backup dan juga channel tambahan untuk sale kita.

Platform lain itu ialah website. Ya, selain menggunakan Facebook atau apa-apa media sosial lain, website ialah satu platform yang terbukti dan sentiasa relevan, mungkin sampai bila-bila. Apa kelebihan jika anda setup bisnes anda di platform website?

  1. Jika Facebook down, anda masih lagi ada platform backup untuk pelanggan membeli produk anda
  2. Semua data pelanggan ialah milik anda. Data ialah senjata paling hebat zaman sekarang. Macam-macam anda boleh buat kalau ada data pelanggan anda.
  3. Proses pembelian secara automatik, tak perlu nak suruh customer tekan link Whatsapp la, screenshot dan mesej la.
  4. Bisnes berjalan 24 jam tanpa henti, anda sedang tidur pun orang boleh masuk ke website anda dan buat pembelian.
  5. Kombinasi antara media sosial dan website adalah sangat padu. Maksud di sini, gunakan teknik pengiklanan di media sosial untuk marketing website anda. Dah alang-alang gunakan media sosial kan? Kalau takde website pun memang kena buat marketing jugak kan? Bisnes apa yang takde buat marketing.
Baca Juga:   Sistem Invois Paling Mudah: Memperkenalkan Invois Online

Cukup lah 5 point di atas antara kelebihan memiliki website sendiri untuk perniagaan. Setiap platform ada pro dan cons masing-masing. Di SistemNiaga, kami menyediakan servis pembangunan website e-commerce dan juga landing page jualan (untuk mereka yang mempunyai produk yang sedikit), serendah RM500!

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen pembaca...

    Artikel Lain...

    Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
    Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

    Upah Buat Website & More
    SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

    Hubungi

    No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
    Putra Heights, Subang Jaya
    Selangor
    Isnin - Jumaat
    9 AM - 4 PM
    Sabtu - Ahad
    TUTUP
    Copyright © 2024
    SistemNiaga
    [typebot]
    0 Shares