Ada masanya, seorang peniaga atau usahawan akan rasa “letih” atau “burnout” sebab kerja yang terlalu banyak dan perlukan sedikit masa untuk hiburan, atau aktiviti untuk “boost” semula minda dan semangat untuk meneruskan bisnes yang dibuat.
Ada yang suka bercuti, ada yang suka pergi memancing, ada yang suka memandu dan ada yang suka menonton filem atau TV. Tapi tahukah anda, ada beberapa filem dan siri TV yang bertemakan keusahawanan atau perniagaan yang boleh anda tonton? Filem dan drama ini semua boleh membangkitkan semangat anda dan tak mustahil memberikan inspirasi atau idea kepada anda.
Di sini dikongsikan beberapa filem dan drama tersebut. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Siapa tak kenal dengan Bill Gates? Manusia terkaya di dunia di bawah empayar Microsoft nya. Dokumentari ini mengenai pengasas Microsoft, Bill Gates membuka cerita tentang zaman kanak-kanaknya, kerjaya perniagaan dan semangatnya untuk meningkatkan kehidupan manusia.
Apakah visi dan misi Bill Gates selepas Microsoft? Benarkah Bill Gates boleh meramal apa yang akan jadi kepada dunia?
Ini ialah filem lama, tapi mungkin ada yang belum tonton. Filem ini mengisahkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Siapa tak tau Facebook kan? Tapi apa kisah disebalik penubuhan media sosial terbesar di dunia ini? Mark Zuckerberg mencipta Facebook, dengan bantuan rakannya Eduardo. Walaupun ia ternyata satu usaha yang berjaya, dia menghadapi cabaran hubungan peribadi nya dengan sahabat dan rakan di sepanjang proses itu.
Cerita ni memang best, berdasarkan kisah sebenar. Ceita tentant seorang tukang cuci Afrika Amerika bangkit daripada kemiskinan untuk membina empayar kecantikan dan menjadi “self made” jutawan wanita pertama di Amerika.
Siri dokumentari ini mengisahkan bagaimana kesanggupan dan penipuan dalam pengeluaran dan pemasaran barangan pengguna popular boleh memberikan hasil yang teruk. Minda anda akan terbuka apabila melihat kesanggupan sesetengah bisnes yang sanggup menipu pengguna demi keuntungan.
Ini salah satu siri kegemaran penulis. Anda peniaga, orang bisnes mesti suka duit kan? Tapi apakah itu duit? Anda tau bagaimana sistem kewangan atau duit itu berfungsi?
Siri ini akan menerangkan kepada anda tentang taktik bank terhadap loan, kad kredit, judi kasino dan skim cepat kaya.
Tonton siri ini untuk menambahkan lagi pengetahuan anda mengelak skim cepat kaya dan scammer!
Skandal perbankan, pembuangan toksik dan banyak lagi mendedahkan bagaimana syarikat korporat yang dahagakan keuntungan meletakkan rakyat dalam bahaya.
Terdapat klise yang mengatakan “yang kaya bertambah kaya,” dan walaupun itu mungkin benar, ia tidak selalu dilakukan melalui kaedah undang-undang atau moral. Documentari ini ialah kisah skandal dan rasuah dalam perniagaan, mendedahkan tindakan tamak korporat dan rasuah. Beberapa kisah yang diceritakan seperti sebuah syarikat kereta yang menipu ujian untuk menjimatkan wang dan drama serta rasuah yang banyak terdapat dalam empayar perniagaan Donald Trump.
Pada tahun 1990-an di Berlin, seorang artis dan seorang penggodam mencipta cara baharu untuk melihat dunia (seperti Google Earth sekarang). Bertahun-tahun kemudian, mereka bersatu semula untuk menyaman Google atas pelanggaran paten ke atasnya.
Berdasarkan peristiwa sebenar, siri ini dibangunkan untuk Netflix, di mana ia pertama kali disiarkan pada Oktober 2021. Bagaimanakah akhir cerita ini? Dapatkah mereka melawan Google? Anda kena tonton sendiri.
Kalau anda berniaga food truck, anda mesti tonton filem ini untuk mendapatkan inspirasi! Selepas kehilangan pekerjaannya di sebuah restoran popular, Chef Carl Casper cuba untuk memulakan semula dengan membaiki trak makanan. Dalam proses itu, dia akhirnya menjadi lebih dekat dengan keluarganya.
Walaupun dia seorang chef hebat tapi dia tak pandai dalam bab marketing di media sosial. Lihat bagaimana media sosial membantu bisnes food truck beliau.
Kalau anda berniaga jual pakaian atau berkaitan fesyen, drama siri 13 episod ini untuk anda.
Diinspirasikan oleh buku terlaris Sophia Amoruso, siri ini mengikuti kebangkitan empayar fesyen berjuta-juta dolar Amoruso, Nasty Gal. Britt Robertson memainkan watak utama Sophia, seorang anarkis yang memberontak dan patah semangat yang memutuskan untuk mula menjual pakaian vintaj dalam talian. Ketika keghairahannya — dan empayar fesyen runcit — mula berkembang, Sophia tanpa diduga menjadi seorang ahli perniagaan, yang mula menyedari nilai (dan kesukaran) menjadi bos dalam hidupnya sendiri. Dibintangi pelakon popular seperti Charlize Theron dan Kay Cannon.
Cerita Korea takde ke? Mestilah ada!
Sesuai untuk mereka yang bisnes dalam bidang IT dan teknologi, drama siri Korea ini wajib tonton. Perlu mendapatkan duit sebanyak 90 ribu dolar untuk membuka perniagaannya sendiri, Seo Dal-Mi berhenti dari universiti dan mengambil kerja sambilan. Dia bermimpi untuk menjadi seseorang seperti Steve Jobs.
Dapatkah dia merealisasikan impiannya dan bersaing dengan syarikat besar yang lain?
Anda ada cadangan filem lain atau drama lain yang berkaitan dengan bisnes atau kewangan? Boleh cadangkan di komen di bawah!