Website E-Commerce Malaysia

pakej website e-commerce

Kandungan

Apa itu E-Commerce?

Ada orang faham online shop, ada orang faham shopping cart, ada orang faham online shopping. Tapi E-Commerce ialah sebarang transaksi komersial/perniagaan yang berlaku di atas talian (online). Jadi, jika anda mempunyai sebuah website yang menjual produk secara online DAN memproses bayaran secara online, maknanya anda mempunyai perniagaan E-Commerce. Jika anda masih belum mempunyai sebuah kedai online, kami boleh membantu anda.

Facebook Ada, Insta Ada, Kenapa Perlu Ada Website E-Commerce?

Ya, inilah konsep ramai peniaga online pegang. Statement ini tak salah, tapi statement ini ialah comfort zone dan anda telah rugi dalam beberapa aspek jika anda hanya berniaga di platform Facebook dan Instagram. Kenapa Lazada tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa Amazon pun mempunyai website e-commerce sendiri? Ya, jawapannya ialah website e-commerce mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berniaga di platform media sosial saja.

Media Sosial = Social Commerce Platform

Facebook dan Instagram ialah social platform first, ia lebih sesuai digunakan sebagai platform marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Hanya gunakan FB dan Insta sebagai punca trafik pelanggan ke website e-commerce anda.

facebook sebagai platform marketing

Data Pelanggan Anda Ialah Milik Anda

Website e-commerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Ini merupakan DATA yang sangat berharga. Dari data-data ini anda akan mengetahui demografik pelanggan anda, di mana anda boleh gunakan data ini sebagai marketing di masa hadapan. Contoh, anda ada produk baru, sekali blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berbanding dengan berniaga di FB dan Insta saja, jika anda tidak menyimpan maklumat pelanggan anda (simpan pun setakat untuk pos produk anda je.

sistem database pelanggan
Data pelanggan anda disimpan di website anda, bukan platform bukan milik anda

Mudahkan Pelanggan, Mudahkan Diri Sendiri

Jangan susahkan customer dan senangkan kerja anda. Dengan website e-commerce, anda tak perlu lah memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk anda. Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan. Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan anda dah lah kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena whatsApp anda lagi sebagai bukti bayaran. Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.

pembayaran online untuk website e-commerce

Jangan Bergantung 100% Kepada Platform Milik Pihak Lain

Siapa boleh jamin kelangsungan FB dan Insta? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik. Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda peduli apa, anda tahu bisnes anda tetap selamat. Industri e-commerce akan terus berkembang (exponentially).

trend e-commerce malaysia

Sumber

Katalog Produk

Katalog produk yang besar dan lain-lain. Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar. Anda juga boleh menambah bermacam-macam ciri menarik untuk kedai online anda seperti diskaun harijadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada pelanggan anda, menambah live chat dan lain-lain lagi.

katalog produk online

Harga Pakej Website E-Commerce

Mulai tahun 2023, kami menyediakan servis website secara subscription atau langganan dimana servis ini akan bina website, design website, uruskan hosting, uruskan security website dan juga akan kemaskini website anda setiap masa dengan harga mampu milik.

Apa kelebihan konsep langganan website berbanding cara biasa (bayar sekali)?

  • Mudah : Langganan website sangat mudah dan pantas, dengan proses pendaftaran yang mudah, seperti anda membeli-belah secara online juga.
  • Harga Berpatutan: Model langganan website menawarkan anda cara yang lebih berpatutan untuk memiliki website untuk perniagaan anda. Jika cara biasa, anda perlu membayar ribuan ringgit terlebih dahulu. Dengan cara langganan, pilih pakej yang sesuai dengan bajet anda dan anda terus boleh memulakan website e-commerce dengan cepat.
  • Tiada Kontrak: Terus langgan harga minima 1 bulan, tiada deposit ribuan ringgit. Jika bisnes anda tidak menjadi, anda boleh terus batalkan langganan website.
  • 100% Diuruskan: Website anda diuruskan sepenuhnya oleh kami. Dari kemaskini content, produk hinggalah ke hal teknikal semua kami uruskan. Tak perlu menggaji ribuan ringgit hanya untuk seorang pekerja menguruskan website.

Berikut ialah pakej website e-commerce Malaysia kami:

LITE

RM 247/bulan
RM 350 yuran pemasangan (one-time)
Website e-commerce dengan sistem bayaran FPX/kad kredit
Premium cloud managed hosting (menggunakan Google Cloud Platform)
Cloudflare Enterprise CDN (up to 100GB)
SSL
DDOS protection & Web application firewall (WAF)
Kemaskini content website tanpa had*
Lapora trafik website setiap bulan untuk rujukan marketing anda
Backup website setiap minggu
Siap dalam masa maksima 2 hari
Laporan trafik website setiap bulan untuk rujukan marketing anda
POPULAR

PLUS

RM 547/bulan
RM 350 yuran pemasangan (one-time)
Website e-commerce dengan sistem bayaran FPX/kad kredit
Premium cloud managed hosting (menggunakan Google Cloud Platform)
Cloudflare Enterprise CDN (up to 100GB)
SSL
DDOS protection & Web application firewall (WAF)
Kemaskini content website tanpa had*
Lapora trafik website setiap bulan untuk rujukan marketing anda
Backup website setiap hari
Siap dalam masa maksima 5 hari
Kemaskini 20 produk sebulan

Malware protection & hack restore jika digodam
Popup/banner for marketing/lead capture
Integration dengan email marketing

PREMIUM

RM 697/bulan
RM 350 yuran pemasangan (one-time)
Website e-commerce dengan sistem bayaran FPX/kad kredit
Premium cloud managed hosting (menggunakan Google Cloud Platform)
Cloudflare Enterprise CDN (up to 100GB)
SSL
DDOS protection & Web application firewall (WAF)
Kemaskini content website tanpa had*
Lapora trafik website setiap bulan untuk rujukan marketing anda
Backup website setiap jam
Siap dalam masa maksima 7 hari
Kemaskini 30 produk sebulan
Malware protection & hack restore jika digodam
Popup/banner for marketing/lead capture

Integration dengan third party web application seperti Google Sheets, Telegram, Gmail, Google Drive, Google Meet, Zoom dan lain-lain (lebih 1000 apps)
Google business profile
On-page SEO report setiap bulan (20 keyword)**
Keyword ranking report setiap bulan**
Website speed optimization setiap bulan

* kemaskini bermaksud kemaskini kandungan website seperti ubahsuai kandungan page, tambah gambar, ubah warna, embed video, minor design changes dan lain-lain selagi dalam had pakej yang diambil. Pertukaran major seperti nak ubah design website, revamp keseluruhan website tidak termasuk.

** On-page SEO ialah servis mengoptimumkan kandungan website anda supaya website anda akan mendapat ranking lebih baik dan trafik organik lebih banyak dari Google. Jadi bila orang ramai search di google tentang produk atau servis anda, website anda ada dalam keputusan carian.

Soalan Yang Selalu Ditanya (FAQ)

Ada kontrak?

Buat masa sekarang tiada kontrak minima langganan.

TETAPI oleh kerana ianya ialah langganan setiap bulan, anda perlu menggunakan kad kredit/debit untuk melanggan. Jika sudah tak perlukan website, anda boleh unsubscribe bila-bila masa (notis 2 minggu awal).

Kalau Takde Kad Kredit/Debit?

Zaman sekarang semua orang ada kad debit (ATM). Tapi jika anda ingin melanggan dan membayar menggunakan online banking (FPX), minimum komitmen ialah 6 bulan dan pembayaran terus untuk 6 bulan perlu dibuat. Jika melanggan secara bulanan, tiada komitmen minimun diperlukan.

Apa kelebihan pakej seperti ini?

Kelebihan pakej ini ialah anda boleh mula memiliki website tanpa kos permulaan yang besar.

Paling penting setiap pakej disertakan servis support dan pengurusan website yang professional. Sebagai pemilik bisnes, benda paling berharga ialah masa anda. Fokus kepada grow bisnes anda, serahkan hal teknikal kepada yang pakar

Kalau nak uruskan website sendiri?

Semua pakej dah termasuk servis kemaskini website. Tapi jika anda nak kemaskini sendiri, contoh nak kemaskini bahagian blog sendiri, terserah anda. Tapi akses teknikal seperti akses ke panel server, hosting tidak diberikan.

Harga untuk berapa website?

Harga tertera ialah untuk 1 website. Jika anda ada 2 website untuk kami maintain, anda perlu langgan 2 pakej.

Yuran pemasangan tu apa?

Untuk website e-commerce, yuran pemasangan atau setup fee diperlukan untuk menyediakan foundation untuk website e-commerce anda. Bayar sekali sahaja.

Boleh upgrade?

Boleh, katakan bulan Januari anda langgan pakej Lite, bulan Februari nak upgrade ke pakej Plus anda boleh beritahu kami sebelum kedatangan bulan Februari.

Apa akan jadi kalau unsubscribe?

Jika anda berhenti melanggan, website anda akan di “tutup”. Seperti bil telefon, jika kita berhenti melanggan, servis akan digantung.

Kalau unsubscribe, dapat duit semula?

Jika anda beritahu 2 minggu awal, anda akan mendapat 50% daripada yuran langganan mengikut pakej yang anda langgan (untuk langganan bulanan sahaja). Jika tanpa 2 minggu notis, bayaran tidak dikembalikan.

Untuk langganan bukan bulanan, tiada refund.

Kalau unsubscribe tapi nak website yang sama?

Kami boleh “migrate” website anda dari platform kami ke tempat lain dengan caj bermula RM300 (bergantung kepada saiz website anda)

Apa saya dapat kalau jadi pelanggan setia?

Jika anda melanggan hingga sampai tempoh 24 bulan, kami akan re-design atau re-vamp website anda dengan design baru dengan PERCUMA!

Saya taknak langgan, saya nak bayar sekali je.

Boleh, harga tak sama. Boleh hubungi kami untuk dapatkan harga custom website.

Tempah Website E-Commerce

Dah bersedia untuk memiliki website untuk bisnes anda?

Sila isi info di borang di bawah. Selepas itu kami akan hubungi anda dan berikan anda link untuk anda membuat langganan. Jika anda mahu custom website, sila pilih custom website di bawah.

Buat Website Ecom

Sila pilih channel mana anda gemar untuk kami hubungi anda semula. Kami akan hubungi anda semula melalui channel yang anda pilih di atas.
Views: 0

Kongsi Page Ini

Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

Web Design Company Malaysia
SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

Hubungi

No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
Putra Heights, Subang Jaya
Selangor
Isnin - Jumaat
9 AM - 4 PM
Sabtu - Ahad
TUTUP
Copyright © 2022 SistemNiaga.com ialah sebuah projek RWS