Managed Web Hosting

managed hosting malaysia

Pengurusan Domain & Web Server (Web Hosting)

Adakah senario ini pernah terjadi kepada anda, terutamanya pemilik bisnes SME?

Pekerja anda dah siap buat website (e-commerce atau website syarikat), tapi lepas tu dia berhenti. Ataupun vendor yang buat website tu tak tawarkan website maintenance untuk website tu. Pernah?

Lepas tu, macam-macam masalah pulak jadi kat website tu. Website slow lah, CMS anda error lah, pelanggan nak checkout tak boleh lah, pelanggan submit contact form tak boleh lah dan macam-macam lagi. Bila hubungi company hosting pulak, ada pulak term teknikal yang anda tak tahu. Memanglah anda tak tahu, sebab itu bukan kerja anda!

Alamak, habis tu macam mana?

Jika bisnes anda sekarang banyak dijana oleh website e-commerce anda, sebenarnya anda perlu ada “seorang” yang menguruskan server di mana website e-commerce ini di host. Kesilapan ramai pemilik website e-commerce ialah mereka selalu memilih “shared web hosting” kerana murah.

Shared hosting tak sesuai untuk website e-commerce

Pertama, bukan semua web hosting ialah sama. Terdapat banyak jenis web hosting dan shared hosting ialah yang paling basic dan paling murah. Kenapa? Sesuai dengan namanya “shared” atau pun berkongsi, web hosting jenis ini bermaksud dalam satu server akan di host banyak website dalam tu. Berapa banyak?

TAK TAHU.

Ikut suka syarikat hosting tu. Tak mustahil satu server tu ada beratus-ratus website. Kalau ada satu website dalam tu yang ada virus atau bermasalah, tak mustahil website anda pun boleh bermasalah sama. Memory penuh lah, space tak cukup lah, website slow lah dan macam-macam lagi.

Kalau shared hosting tak sesuai, apa yang sesuai?

Website e-commerce paling tidak pun mestilah menggunakan VPS/Cloud server hosting (minima). Kenapa?

  1. Website e-commerce selalunya mendapat trafik yang banyak dan tak menentu
  2. Total control, satu server tu letak website anda je, takde kongsi dengan website orang lain
  3. Lebih secure
  4. Lebih pantas
  5. Fleksibel, tak cukup memory? Boleh tambah. Tak cukup storage, boleh tambah

Tapi, untuk menggunakan VPS atau cloud server hosting ini, anda perlu ada kemahiran Linux utk configure server anda supaya website anda boleh di host di situ. Hal ini mungkin masalah sikit untuk anda, terutama jika syarikat anda tidak ada staf IT atau pekerja yang tahu.

Servis Managed Web Hosting Malaysia

Misi kami ialah ingin membantu pemilik perniagaan khususnya SME untuk menggunakan teknologi web dan IT secara keseluruhan. Kerana itulah, kami menawarkan servis Managed Web Hosting untuk mereka yang mempunyai website e-commerce.

Servis ini membolehkan website e-commerce anda di host di cloud server yang reliable (di dalam atau luar negara) dan semua akan di urus dan di jaga oleh kami. Kami akan monitor resources server anda sama ada perlu di upgrade tau tidak, menjaga security patch jika perlu dan lain-lain lagi.

Apa yang anda tahu, anda dapat terbaik untuk website anda.

malaysia managed hosting

Berikut ialah servis pengurusan domain & server secara terperinci.

  1. Pendaftaran dan renewal untuk domain name untuk domain antarabangsa (TLD) dan juga domain tempatan (.my), Domain merupakan aset penting dalam bisnes online. Dengan kami, anda tak perlu risau terlupa untuk renew kerana kami akan sentiasa menjaga tempoh tamat domain anda.
  2. Di SistemNiaga, kami tidak galakkan pelanggan kami mengguna web hosting yang sekadar murah untuk website perniagaan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu menggunakan cloud hosting untuk web hosting. Ini kerana cloud hosting lebih laju, lebih stabil dan lebih selamat.
  3. Pemindahan domain. Kami boleh menguruskan domain anda. Sesetengah perniagaan hanya menggunakan satu domain sahaja. Dengan satu domain itu jugalah akan digunakan untuk bermacam-macam tujuan seperti email syarikat, subdomain, landing page dan lain-lain lagi. Kami boleh menguruskan domain anda untuk semua tujuan tersebut.
  4. SSL Certificate (https). Sekiranya website anda memerlukan pemasangan SSL ini, kami boleh membantu. Dengan adanya https di hadapan website anda, pelanggan lebih yakin untuk bertransaksi secara online dengan anda.
why managed hosting

Managed web hosting+website maintenance, barulah lengkap.

Servis managed hosting ini sangat baik diambil sekali dengan servis website maintenance, kerana ia sebahagian dari website management.

Kongsi Page Ini

Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

Freelance Web Design Malaysia, Landing Page, Website Maintenance
Kami ialah SistemNiaga. Fokus kami ialah membantu para peniaga SME yang baru atau sudah lama berniaga dalam hal-hal IT seperti sistem, internet, media social, pemasaran digital, e-commerce lain-lain lagi.

Hubungi

No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
Putra Heights, Subang Jaya
Selangor
Isnin - Jumaat
9 AM - 4 PM
Sabtu - Ahad
TUTUP
Copyright © 2022 Pro Sistem Niaga (003089338-H)