fbpx

Managed Web Hosting

Kandungan:

Pengurusan Domain & Web Server (Web Hosting)

Adakah senario ini pernah terjadi kepada anda, terutamanya pemilik bisnes SME?

Pekerja anda dah siap buat website (e-commerce atau website syarikat), tapi lepas tu dia berhenti. Ataupun vendor yang buat website tu tak tawarkan website maintenance untuk website tu. Pernah?

Lepas tu, macam-macam masalah pulak jadi kat website tu. Website slow lah, CMS anda error lah, pelanggan nak checkout tak boleh lah, pelanggan submit contact form tak boleh lah dan macam-macam lagi. Bila hubungi company hosting pulak, ada pulak term teknikal yang anda tak tahu. Memanglah anda tak tahu, sebab itu bukan kerja anda!

Alamak, habis tu macam mana?

Jika bisnes anda sekarang banyak dijana oleh website e-commerce anda, sebenarnya anda perlu ada “seorang” yang menguruskan server di mana website e-commerce ini di host. Kesilapan ramai pemilik website e-commerce ialah mereka selalu memilih “shared web hosting” kerana murah.

Shared hosting tak sesuai untuk website e-commerce

Pertama, bukan semua web hosting ialah sama. Terdapat banyak jenis web hosting dan shared hosting ialah yang paling basic dan paling murah. Kenapa? Sesuai dengan namanya “shared” atau pun berkongsi, web hosting jenis ini bermaksud dalam satu server akan di host banyak website dalam tu. Berapa banyak?

TAK TAHU.

Ikut suka syarikat hosting tu. Tak mustahil satu server tu ada beratus-ratus website. Kalau ada satu website dalam tu yang ada virus atau bermasalah, tak mustahil website anda pun boleh bermasalah sama. Memory penuh lah, space tak cukup lah, website slow lah dan macam-macam lagi.

Kalau shared hosting tak sesuai, apa yang sesuai?

Website e-commerce paling tidak pun mestilah menggunakan VPS/Cloud server hosting (minima). Kenapa?

  1. Website e-commerce selalunya mendapat trafik yang banyak dan tak menentu
  2. Total control, satu server tu letak website anda je, takde kongsi dengan website orang lain
  3. Lebih secure
  4. Lebih pantas
  5. Fleksibel, tak cukup memory? Boleh tambah. Tak cukup storage, boleh tambah

Tapi, untuk menggunakan VPS atau cloud server hosting ini, anda perlu ada kemahiran Linux utk configure server anda supaya website anda boleh di host di situ. Hal ini mungkin masalah sikit untuk anda, terutama jika syarikat anda tidak ada staf IT atau pekerja yang tahu.

Servis Managed Web Hosting Malaysia

Misi kami ialah ingin membantu pemilik perniagaan khususnya SME untuk menggunakan teknologi web dan IT secara keseluruhan. Kerana itulah, kami menawarkan servis Managed Web Hosting untuk mereka yang mempunyai website e-commerce.

Servis ini membolehkan website e-commerce anda di host di cloud server yang reliable (di dalam atau luar negara) dan semua akan di urus dan di jaga oleh kami. Kami akan monitor resources server anda sama ada perlu di upgrade tau tidak, menjaga security patch jika perlu dan lain-lain lagi.

Apa yang anda tahu, anda dapat terbaik untuk website anda.

malaysia managed hosting

Berikut ialah servis pengurusan domain & server secara terperinci.

  1. Pendaftaran dan renewal untuk domain name untuk domain antarabangsa (TLD) dan juga domain tempatan (.my), Domain merupakan aset penting dalam bisnes online. Dengan kami, anda tak perlu risau terlupa untuk renew kerana kami akan sentiasa menjaga tempoh tamat domain anda.
  2. Di SistemNiaga, kami tidak galakkan pelanggan kami mengguna web hosting yang sekadar murah untuk website perniagaan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu menggunakan cloud hosting untuk web hosting. Ini kerana cloud hosting lebih laju, lebih stabil dan lebih selamat.
  3. Pemindahan domain. Kami boleh menguruskan domain anda. Sesetengah perniagaan hanya menggunakan satu domain sahaja. Dengan satu domain itu jugalah akan digunakan untuk bermacam-macam tujuan seperti email syarikat, subdomain, landing page dan lain-lain lagi. Kami boleh menguruskan domain anda untuk semua tujuan tersebut.
  4. SSL Certificate (https). Sekiranya website anda memerlukan pemasangan SSL ini, kami boleh membantu. Dengan adanya https di hadapan website anda, pelanggan lebih yakin untuk bertransaksi secara online dengan anda.

Ciri-ciri Managed Web Hosting Kami

Menggunakan rangkaian dan server Google Cloud Premium Tier yang mempunyai 99.9% uptime, kebarangkalian server anda untuk down sangat rendah
Untuk website dengan traffic serendah 25,000 pelawat sebulan sehingga 200,000 pelawat atau lebih
Storage solid state disk (SSD) untuk capaian data lebih pantas
Image optimization untuk website loading lebih pantas
Pagespeed score 90+ (kami akan mengoptimumkan website anda supaya website anda akan load di bawah 3 saat, servis ini sahaja bernilai RM800)
Server caching
Cloudflare Enterprise CDN
DDOS Protection
Web Application Firewall (WAF)
Realtime backup, jadi anda tidak akan risau kehilangan data sekiranya website anda di godam atau down. Data adalah segalanya.
Hack restore & malware removal. Sekiranya website anda digodam juga, kami akan restore website dan buang malware dari website anda dengan tiada kos tambahan.
Di uruskan sepenuhnya oleh kami (fully-managed). Anda tak perlu ambil tahu hal teknikal ini, fokus kepada bisnes anda sahaja. Jika anda nak uruskan sendiri web hosting, servis ini bukan untuk anda.
PERCUMA pemindahan website anda dari hosting lain ke hosting kami

Harga Managed Web Hosting

Servis managed web hosting ini untuk syarikat dan organisasi yang tidak mempunyai masa, sumber, atau kepakaran untuk mengurus server web mereka sendiri. Kami akan mengendalikan semua hal teknikal untuk anda, seperti memasang dan mengkonfigurasi perisian server, memantau prestasi sistem, dan menyimpan data.

Servis ini juga untuk laman web yang menerima trafik tinggi (sekurang-kurangnya 25,000 pelawat sebulan), memerlukan tahap keselamatan yang tinggi, atau mempunyai compliance yang ketat, kerana ia memastikan bahawa laman web sentiasa tersedia, selamat, dan berfungsi dengan prestasi yang optimum.

Harga servis Managed Web Hosting kami bermula RM197/sebulan

why managed hosting

Managed web hosting+website maintenance, barulah lengkap.

Servis managed hosting ini sangat baik diambil sekali dengan servis website maintenance, kerana ia sebahagian dari website management.

Bermanfaat?Sila Kongsi

Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

Upah Buat Website & More
SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

Hubungi

No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
Putra Heights, Subang Jaya
Selangor
Isnin - Jumaat
9 AM - 4 PM
Sabtu - Ahad
TUTUP
Copyright © 2024
SistemNiaga
[typebot]
0 Shares