.
Menu

Landing Page

1473252169_internet-page-content

Apa Itu Landing Page?

Landing Page ialah satu laman/satu muka web yang membolehkan anda “capture” informasi pelawat yang melawat page itu melalui sebuah borang, selain untuk menjual produk yang spesifik. Landing Page mempunyai target audience atau sasaran pelawat yang spesifik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Selalunya Landing Page hanyalah satu muka laman sahaja kerana ia dicipta untuk targeted customers.

Sebagai contoh, landing page yang menawarkan E-Book Percuma mengenai tips menguruskan badan. Untuk mendapatkan E-Book ini, anda perlu memberi nama dan email anda dan E-Book akan dihantar melalui email. Di sini, pemilik landing page berkenaan telah mendapat optin untuk database yang berminat dalam niche produk kurus. Nampak tak?

Contoh Landing Page?

 

Apa Kepentingan Landing Page?

Jika anda mempunyai perniagaan online, atau perniagaan yang dipasarkan melalui online, anda MESTI mempunyai sebuah landing page. Anda mungkin boleh menangguhkan rancangan untuk memiliki sebuah website syarikat lengkap untuk syarikat dan produk anda, tetapi anda MESTI segera memiliki sebuah landing page untuk perniagaan anda, lebih khusus lagi untuk produk anda. Landing page ada yang panjang, ada yang pendek. Landing page yang pendek selalunya straight to the point dan bertujuan untuk mengutip leads/optin. Selalunya landing page begini menawarkan freebies seperti e-book atau video percuma. Landing page yang panjang pula akan mempunyai intro, pengenalan masalah, sebab terjadi masalah dan penyelesaian kepada masalah .

Landing page yang panjang juga boleh berbentuk sales page dan mempunyai penerangan mengenai produk yang ingin dijual. Ia juga boleh mempunyai lead capture/optin. Panjang atau pendek, salah satu faktor penting dalam Landing page ialah penggunaan grafik yang menarik dan juga copywriting. Ini kerana grafik dan copywriting yang menarik akan menarik emosi pembaca untuk membeli atau optin (apa sahaja yang ditawarkan di landing page berkenaan).

 Tapi, kenapa Landing Page penting?

  1. Landing Page mempamerkan produk dan servis anda secara spesifik
    Apabila pelanggan ke laman web syarikat atau blog anda, mereka mungkin akan terperangkap di sana membaca entri blog anda, tetapi jika pelanggan ke landing page anda, mereka akan tertumpu dengan segala kandungan, ayat menggoda, ayat jualan, ayat yang mempengaruhi anda supaya membeli atau memberikan nama dan alamat email mereka kepada anda. Secara analogi, pelanggan ke kedai anda akan terbuka kepada berbagai pilihan dan mungkin tidak akan terpengaruh untuk membeli apa-apa, tetapi jika mereka diberikan brochure atau flyers produk anda, anda mungkin telah berjaya memujuk atau memberi mereka idea untuk membeli produk anda.
  2. Landing Page mendapatkan pelanggan berpotensi (leads) untuk database pelanggan anda
    Salah satu amalan terpenting di dalam email marketing malahan dalam perniagaan secara amnya ialah mengumpul database mereka yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Database yang dikumpul pula haruslah mereka yang ada minat dengan servis atau produk kita. Bagaimana ini dilakukan?Dengan landing page.Seperti dikatakan awal tadi, landing page selalunya satu laman yang khusus atau spesifik kepada satu produk atau topik. Jika landing page anda mengenai produk kurus, orang yang akan memberikan nama dan alamat email (opt-in) tentulah mereka yang berminat tentang produk kurus. 
  3. Landing Page memberi gambaran lebih jelas tentang demografik pelanggan anda
    Dari data yang terkumpul dari landing page, anda boleh mengetahui gambaran lebih jelas tentang pelanggan atau mereka yang berminat dengan produk/servis anda. Anda boleh mengetahui lelaki atau perempuan yang lebih berminat, dari lokasi mana, waktu bila landing page anda dilawat ramai orang, dari mana mereka datang dan banyak lagi data demografik yang boleh membantu anda dalam strategi pemasaran anda yang berikutnya.

Harga Landing Page

Pakej A

RM399/setahun

  • Tiada Optin Email
  • Tiada Online Banking

Pakej B

RM699/setahun

  • Ada Optin Email
  • Ada Online Banking
.