.
Menu

Email Marketing

Tahukah anda? 66% konsumer membeli secara online kerana menerima promosi email?

  • Dah banyak kali pergi seminar email tapi masih tak ada sistem email marketing yang mampu dibayar?
  • Berminat mendalami email marketing tapi kurang latihan tempatan? (sebab kebanyakan penyedia perkhidmatan email marketing ialah produk luar negara)

Memperkenalkan perkhidmatan email marketing dari SistemNiaga, iaitu EmelNiaga (bakal dilancar tidak lama lagi). Dengan sistem kami ini, anda:

  • Boleh mendapatkan servis email marketing dengan harga yang sangat berpatutan, dalam RM dan bukan USD
  • Perlukan latihan? Kami akan membuat kelas latihan sehingga anda mahir menggunakan sistem ini.
  • Sokongan untuk memasang widget email marketing ke website anda

Antara ciri-ciri sistem EmelNiaga ialah:

  • Lengkap dengan kempen email dan autoresponder
  • Lengkap dengan sistem automasi email, setkan email untuk penerima email yang klik link atau yang tidak klik (inilah kuasa sebenar email marketing!)
  • Email akan ke inbox, bukan ke SPAM (selagi anda mendapatkan email dengan cara yang betul, bukan SPAM)
  • Email lebih peribadi, nama penerima sebagai pembuka email
  • Statistik penghantaran email, pembacaan email dan juga link email yang diklik
  • dan banyak lagi!

Harga? Bandingkan harga untuk 10,000 subscribers MailChimp dan Aweber di bawah:

EmelNiaga

RM100/bulan

  • 10,000 subscribers
  • Hantar unlimited email
  • Kad kredit/debit/bank-in 

MailChimp

USD75/bulan

  • 10,000 subscribers
  • Hantar unlimited email
  • Terima kad kredit sahaja

Aweber

USD69/bulan

  • 10,000 subscribers
  • Hantar unlimited email
  • Terima kad kredit sahaja

Apakah Kepentingan Email Marketing?

Di Malaysia, boleh di katatakan, kesedaran tentang kepentingan teknik pemasaran email atau email marketing masih lagi belum di tahap yang tinggi. Apatah lagi di zaman media sosial sekarang, jangankan kata email marketing, malah e-commerce pun masih ramai tidak mahu mempunyai online store sendiri, semuanya 100% masih mengharapkan kewujudan media social untuk perniagaan dan pemasaran. Kami ada menulis lanjut mengenai fenomena ini di bahagian E-Commerce.

Untuk kebanyakan peniaga SME, menguruskan operasi harian syarikat adalah satu kerja sepenuh masa. Semua benda kalau boleh nak dibuat sendiri, atas rasa “aku boleh buat, aku reti buat” dan akan jimat belanja. Akhirnya, sedar tak sedar masa untuk perkara penting seperti marketing rupanya tak cukup sebab masa dah habis dengan buat kerja lain. Pada masa itu mula lah mengharapkan FB ads akan memberi keajaiban dan sales yang tinggi. Masa kita yang penuh dan sibuk tidak bermakna kita akan berjaya dan akan membuahkan sales yang banyak. Kita je terasa kesibukan tu seolah-olah akan membuahkan hasil. Pernah dengan orang kata work smart?

Pada zaman moden sekarang, benda paling berharga ialah data. Bukan sekarang je, ini dari dulu. Pernah baca syarikat besar ini beli website itu, syarikat ini beli produk itu, semua dengan harga puluh juta, ratus juta, bukan murah-murah punya. Kalau nak diikutkan, bukan tak boleh syarikat yang beli syarikat lain tu buat website, produk yang sama. Mereka beli kerana website atau produk yang lain tu dah ada user base, atau data pelanggan yang besar dan banyak. Bukan tak boleh anda berniaga 100% di media sosial tapi anda akan kehilangan data pelanggan anda menggunakan cara ini. Kecuali anda jenis tulis satu-satu butir pelanggan anda. Kalau buat pun, kenapa bersusah kalau ada cara automatik?

Dengan email marketing, kerja marketing bisnes anda akan menjadi lebih mudah.

Email marketing memberukan pulangan 4300%, lebih cost efektif dari yang lain, memberikan anda lebih masa jadi membolehkan anda menumpukan kepada kerja bisnes anda yang lain; dan pelanggan menyukainya.

74% pelanggan lebih suka berkomunikasi tentang produk melalui email

66% konsumer membeli secara online kerana menerima promosi email

Secara ringkasnya, email marketing merupakan medium yang sangat power untuk membina hubungan dengan pelanggan anda. Ia memberikan anda peluang untuk berhubung dengan ramai pelanggan secara serentak dan mengembangkan pengaruh anda. Secara psikologi, manusia suka membeli jika ada orang yang recommend, termasuk dari penjual itu sendiri.

Bayangkan senario ini. Anda menjual pakaian. Seorang pelawat kedai online anda pergi ke website anda untuk mencari baju yang digemarinya yang dilihatnya semalam. Tapi nampaknya baju yang dia hendak beli dalam warna kegemarannya sudah habis.

Mungkinkah dia akan kembali ke website anda? Mungkin ya, atau tidak.

Sekarang bayangkan website anda ada kemudahan untuk pelanggan sign up newsletter atau email dari anda. Sudah tentu dia akan sign up untuk mengetahui berita, produk terkini dari anda. Dengan sistem e-commerce zaman sekarang, selain boleh mengetahui pelanggan yang tidak jadi membuat sebarang belian, anda boleh menggunakan teknologi ini untuk menghantar email kepada pelanggan ini bahawa baju dalam warna kegemaran dia sudah ada dalam stok. Pelanggan terus kembali ke website dan buat pembelian. Ini baru namanya win-win. Berapa ramaikah pemilik kedai online yang buat tak peduli dengan pelanggan yang tak jadi nak beli seperti ini?

Ini baru satu senario untuk email marketing. Tapi anda harus ingat, email marketing memerlukan usaha yang berterusan. Dari 0 subscriber, kemudian menjadi 1000, jadi 10,000, jadi 100,000, apa yang penting semua email yang subscribe kepada anda ini ialah harta anda, milik anda. Bukan FB, bukan Insta.

Katakanlah setelah setahun mengumpulkan leads atau subscriber anda berjaya mendapatkan 100,000 orang yang subscribe kepada website anda. Bila anda ada satu produk baru, anda blast email promosi kepada 100,000 orang ini. Andaikata 1% dari 100,000 ini convert menjadi sales. Produk anda jual berharga RM40 x 10,000, dengan mudah je anda dapat jana sales RM400,000 dengan satu email! Dikala orang lain sibuk tambah duit di FB ads untuk jana sale, anda hanya gunakan data pelanggan anda ini saja. Dah nampak kepentingan email marketing ni?


Jika anda berminat, sila masukkan Nama dan Email anda di bawah dan kami akan email anda sebaik sahaja servis ini dilancarkan. Anda akan menjadi antara yang terawal untuk mendapatkan servis ini.

.