fbpx

Pakej Website Tiket Online

cara buat website tiket online

Sistem Penjualan & Pengurusan Tiket

Jika anda sering menganjurkan seminar atau apa-apa event yang melibatkan penjualan tiket dan pendaftaran peserta, servis ini 100% wajib anda pakai. Servis ini akan memudahkan penjualan dan pengurusan tiket seminar anda.

Apakah masalah-masalah utama penganjuran seminar?

  1. Penjualan tanpa sistem, menyukarkan staf anda memeriksa status belian tiket oleh pelanggan. Jangan berharap pada WhatsApp dan menyusahkan pelanggan untuk update bayaran mereka di WhatsApp. Apa lagi kalau seminar anda tentang sesuatu yang moden, tapi anda sendiri berniaga guna cara yang lapuk.
  2. Ada yang dapat handle jualan tiket dengan baik, tapi pendaftaran peserta pula kelam kabut. Kenapa? Kerana ada pelanggan yang beli lebih dari 1 tiket, tapi staf anda hanya rekod si pembeli sahaja. Kesannya, di hari seminar, proses pendaftaran jadi lama, pelanggan jadi tak puas hati, orang lain kena tunggu lama. Mood pun dah jadi panas.
  3. Nama peserta tiada dalam list, ini kerana staf anda membuat list secara manual ke Excel. Kesannya sama dengan no. 2 di atas. Kalau semua nama peserta ada pun proses pendaftaran juga ambil masa kerana perlu cari nama peserta secara manual.
  4. Tiada pengasingan kategori tiket. Masa jual tiket, anda jual macam-macam kategori tiket, ada VIP lah, ada Gold Class lah, ada Silver lah, ada General lah. Tiba hari seminar atau event staf anda tak sempat nak asingkan list ikut kategori tiket. Akibatnya, yang beli VIP pun kena beratur sama dengan si General. Tak ke marah pemegang tiket VIP?

Ini sebahagian saja masalah yang selalu terjadi dari pemerhatian kami dalam seminar-seminar tempatan. Kami wujudkan servis ini kerana kami mahu anda FOKUS kepada menjual tiket seminar dan menambahbaik isi kandungan seminar. Sistem kami akan memastikan event anda akan berjalan dengan lancar.

Ciri-ciri Sistem Tiket Online SistemNiaga

sistem tiket online

JUAL SECARA ONLINE
Lupakan pengurusan jualan tiket secara messaging di WhatsApp atau FB Messenger. Alihkan kesemua bakal peserta seminar anda ke portal tiket online kami dan biarkan mereka membeli tiket secara online, secara layan diri. Sepertimana mereka membeli tiket wayang juga.

BOARDING PASS/TIKET
Selepas pembelian oleh peserta selesai dan tiada masalah, sistem secara automatik akan menghantar tiket seminar atau boarding pass kepada peserta tadi. Ini bukan sekadar tiket, ia juga seperti boarding pass di mana peserta perlu membawa pada hari seminar semasa waktu pendaftaran.

PROSES CHECK-IN/PENDAFTARAN MUDAH
Sistem Tiket Online kami didatangkan dengan sistem pendaftaran yang canggih, yang menyokong penggunaan barcode-reader yang akan mempercepatkan proses pendaftaran seminar dan event anda. Staf anda hanya perlu scan boarding pass peserta dan peserta terus masuk ke dewan seminar. Tidak perlu lagi tercari-cari di baris-baris Excel dan memintak bukti bayaran.

Kami juga mempunyai sistem carian sekiranya peserta terlupa membawa boarding pass mereka. Sistem ini juga sangat penting sekiranya venue seminar anda tiada coverage internet yang bagus. Kami juga mempunyai mobile app iOS dan Android yang membolehkan team event anda memeriksa maklumat peserta dan maklumat seminar di mana saja mereka berada.

sistem tiket online
sistem tiket online macam wayang

PEMILIHAN TEMPAT DUDUK
Ini juga salah satu masalah penganjuran seminar. Tidak boleh pilih tempat duduk sebagaimana kita membeli tiket wayang. Dengan sistem kami, anda boleh memberi layanan extra kepada para pembeli tiket terawal, atau VIP. Peserta boleh memilih tempat duduk yang mereka suka berdasarkan jumlah tiket yang mereka beli.

Dengan cara ini, tiada lagi masalah pembeli tiket early-bird tak dapat duduk di hadapan padahal mereka yang beriya beli tiket seminar anda pada awal waktu jualan.

Ciri-ciri lain Sistem Tiket Online kami:

  • Menyokong semua payment provider di Malaysia (MolPay, iPay88, SenangPay, BillPlz, Paypal)
  • Integrasi dengan produk lain (produk fizikal atau virtual)
  • Integrasi dengan sistem email marketing
  • Notifikasi SMS
  • Sistem diskaun
  • Menyokong pelbagai kategori jenis tiket
  • Had kuantiti mengikut jenis tiket
  • Menyokong pelbagai jenis seminar/event
  • Eksport maklumat peserta ke Excel

Bermanfaat?Sila Kongsi

Fokus Kepada "Grow" Jualan Bisnes.
Biar Kami Uruskan Hal Teknikal.

Upah Buat Website & More
SistemNiaga ialah sebuah web design company Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Kami fokus kepada web design service dengah harga langganan mampu milik.

Hubungi

No. 5, Jalan Putra Permai 10/1
Putra Heights, Subang Jaya
Selangor
Isnin - Jumaat
9 AM - 4 PM
Sabtu - Ahad
TUTUP
Copyright © 2024
SistemNiaga
[typebot]
0 Shares