.
Menu

E-Commerce

Apa Itu E-Commerce?

Ada orang faham online shop, ada orang faham shopping cart, ada orang faham online shopping. Tapi E-Commerce ialah sebarang transaksi komersial/perniagaan yang berlaku di atas talian (online). Jadi, jika anda mempunyai sebuah website yang menjual produk secara online DAN memproses bayaran secara online, maknanya anda mempunyai perniagaan E-Commerce. Jika anda masih belum mempunyai sebuah kedai online, kami boleh membantu anda.

Facebook ada, Insta ada, buat apa web E-Commerce?

Ya, inilah konsep ramai peniaga online pegang. Statement ini tak salah, tapi statement ini ialah comfort zone dan anda telah rugi dalam beberapa aspek jika anda hanya berniaga di platform Facebook dan Instagram. Kenapa Lazada tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa Amazon pun mempunyai website e-commerce sendiri? Ya, jawapannya ialah website e-commerce mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berniaga di platform media sosial saja.

  1. Facebook dan Instagram ialah platform sosial, ia lebih sesuai digunakan sebagai platform marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Hanya gunakan FB dan Insta sebagai punca trafik pelanggan ke website e-commerce anda.
  2. Website e-commerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Ini merupakan DATA yang sangat berharga. Dari data-data ini anda akan mengetahui demografik pelanggan anda, di mana anda boleh gunakan data ini sebagai marketing di masa hadapan. Contoh, anda ada produk baru, sekali blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berbanding dengan berniaga di FB dan Insta saja, jika anda tidak menyimpan maklumat pelanggan anda (simpan pun setakat untuk pos produk anda je).
  3. Jangan susahkan customer dan senangkan kerja anda. Dengan website e-commerce, anda tak perlu lah memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk anda. Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan. Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan anda dah lah kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena whatsApp anda lagi sebagai bukti bayaran. Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.
  4. Siapa boleh jamin kelangsungan FB dan Insta? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik. Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik. Tapi kalau Mark Zuckerberg dah takde? Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda peduli apa, anda tahu bisnes anda tetap selamat.

    Sumber
  5. Katalog produk yang besar dan lain-lain. Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar. Anda juga boleh menambah bermacam-macam ciri menarik untuk kedai online anda seperti diskaun harijadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada pelanggan anda, menambah live chat dan lain-lain lagi.

Harga Website E-Commerce

Sepertimana harga website lain, tiada harga yang tetap untuk website E-Commerce kerana produk laman web ialah berasaskan servis, bukan produk digital. Tapi, harga website E-Commerce boleh mencecah belasan ke puluhan ribu ringgit jika dibangunkan oleh sebuah syarikat agensi komersial. Walaubagaimanapun, selaras dengan visi SistemNiaga untuk membantu SME, harga kami adalah seperti berikut:

PAKEJ STARTER

RM 2500

  • Shopping Cart
  • Unlimited Product
  • Sales Report
  • Pengurusan Stock & Inventory
  • Blog
  • Shipping Management
  • Facebook Sharing
  • payment gateway (online banking)

PAKEJ ADVANCED

RM 5000

  • Shopping Cart
  • Unlimited Product
  • Sales Report
  • Pengurusan Stock & Inventory
  • Blog
  • Shipping Management
  • Facebook Sharing
  • payment gateway (online banking)
  • Extra Features

Apa itu Extra Features yang hanya ada di Pakej Advanced?

Extra Features ialah ciri-ciri istimewa yang ditambah kepada website e-commerce anda supaya menjadi lebih modern dan menarik seperti ada Live Chat (integrate dgn Facebook Messenger), Bulk Discount, Social Login Untuk Customer, Wishlist Untuk Customer, Pilihan Tarikh Delivery Oleh Customer, Invois PDF kepada customer dan macam-macam lagi.

Promosi Pakej Starter, Hanya RM799!
Mahukah anda mendapatkan Pakej E-Commerce Starter di atas dengan harga hanya RM799? Bayangkan harga asal ialah RM2500, tapi untuk sementara waktu, harga pakej ini hanya RM799! Hanya untuk 10 orang pertama sahaja!
Saya Nak! (tawaran terhad)
.